KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) Kementerian Pendidikan Tinggi.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengendalikan aduan/maklum balas ke atas sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan pendidikan tinggi negara.
Skop perkhidmatan KPT merangkumi: -
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
- Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)
i. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
ii. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
i. Politeknik
ii. Kolej Komuniti
- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
- Education Malaysia Global Services (EMGS)
- Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
KPT boleh untuk TIDAK MELAYAN sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. KPT juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan KPT.
KPT berhak MENOLAK aduan yang didaftarkan TANPA maklumat yang lengkap seperti nama, nombor pengenalan, nombor telefon dan alamat e-mel yang sah berserta bukti-bukti yang kukuh kerana aduan tanpa maklumat yang lengkap boleh dianggap sebagai tidak berasas dan menyerupai surat layang.